Langkau ke kandungan
Ufuk

Dasar privasi

Berkuat kuasa 22 November 2026

Ufuk ialah app Android waktu solat yang diterbitkan oleh Novastack System Sdn. Bhd.. Dasar ini menerangkan data yang app dan pelayan kami gunakan.

Ringkasnya

Data yang dihantar ke pelayan kami

Sekali sehari app menghantar:

Kami tidak menyimpan alamat IP bersama data ini. Data ini digunakan untuk mengetahui bilangan pengguna aktif dan zon yang digunakan, supaya kami tahu jadual mana yang paling penting dipastikan tepat.

App juga meminta jadual waktu solat, pengumuman dan maklumat versi terkini daripada pelayan kami. Permintaan ini tidak mengandungi nama, nombor telefon, e-mel atau koordinat lokasi.

Log teknikal pelayan

Seperti kebanyakan pelayan web, pelayan kami merekod log teknikal bagi setiap permintaan, termasuk alamat IP, masa dan halaman yang diminta (contohnya jadual bagi kod zon tertentu). Log ini digunakan untuk keselamatan dan menyelesaikan masalah teknikal sahaja, disimpan untuk tempoh terhad, dan tidak dikaitkan dengan ID pemasangan.

Lokasi

Jika anda membenarkan akses lokasi, app menggunakannya dalam fon untuk menentukan zon JAKIM dan arah kiblat. Koordinat lokasi tidak dihantar kepada kami atau kepada sesiapa. Anda boleh menolak akses lokasi dan memilih zon secara manual.

Kebenaran yang diminta app

Tempoh simpanan

Rekod pemasangan tanpa nama dipadam secara automatik selepas 12 bulan tidak aktif. Tetapan dan jadual waktu dalam app disimpan dalam fon anda sahaja dan terpadam apabila app dibuang.

Perkongsian data

Kami tidak menjual, menyewa atau berkongsi data dengan pihak ketiga. Jadual waktu solat diambil oleh pelayan kami daripada JAKIM e-Solat; app anda tidak berhubung dengan pihak ketiga untuk tujuan ini.

Kanak-kanak

App ini sesuai untuk semua peringkat umur dan tidak mengumpul data peribadi daripada sesiapa, termasuk kanak-kanak.

Hubungi kami

Pertanyaan tentang privasi boleh dihantar kepada Novastack System Sdn. Bhd. melalui maklumat hubungan pembangun di halaman app ini di Google Play.

Perubahan dasar

Jika dasar ini berubah, tarikh di atas akan dikemas kini dan perubahan penting akan diumumkan dalam app.

Summary in English

Ufuk has no accounts, ads or third-party trackers. Your location is used on your phone only, to pick your JAKIM prayer-time zone and the qibla direction, and is never sent to us. Once a day the app sends a random installation ID, the app version and the selected zone code so we can count active users; IP addresses are not stored with it, and inactive records are deleted after 12 months. Like most web servers, our server keeps short-lived technical logs (IP address, time and requested page) for security and troubleshooting only. We do not sell or share data.